Saturday, 15 March 2014

Nutrisi penting semasa mengandung dan menyusukan anak

Assalamualaikum wbt semua...Dah lama saya tak update blog. Kini dah jadi work-at-home mother (WAHM), Alhamdulillah, salah satu 'job description' saya ialah update blog. Jadi hari ni tiba-tiba rasa excited sangat, macam-macam rasa nak share.  Oleh itu, topik pertama saya pilih adalah tentang nutrisi penting sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu. Dua moments yang sangat saya suka dalam hidup saya. Sangat indah dan mempunyai cabaran yang tersendiri. Sama sahaja, kedua-kedua mengandung dan menyusu adalah 2 fasa kritikal di mana pengambilan makanan yang seimbang dan memenuhi keperluan kedua-dua ibu dan bayi adalah sangat perlu dititikberatkan.




Protein - Diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu ibu dan untuk penghasilan susu ibu. Kedua-kedua fasa mengandung dan menyusu memerlukan kehadiran protein yang mencukupi. Oleh itu, kita disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian kita semasa dua proses ini berlangsung.

Asid folik - Pengambilan folate yang mencukupi sangat penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna dan membantu mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti penyakit spina bifida. Pengambilan asid folik yang optimum perlu secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - Kandungan kalsium yang mencukupi dalam diet kita, lebih-lebih lagi sepanjang tempoh kehamilan memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menganggu kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh kita. Wanita hamil sering mengalami kekejangan otot dan semasa contraction waktu melahirkan. Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengurangkan risiko berlakunya kekejangan ini. Bayi dalam kandungan dan yang sedang menyusu memang 'sedut' banyak kalsium dari ibu. Jadi berhati-hati ya...Taknak la muda-muda lagi gigi kita dah rongak terpaksa pakai gigi palsu, tulang pun rasa rapuh je yang ditunjukkan dengan badan yang selalu sakit-sakit, lenguh-lenguh...kan? Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu terutamanya susu formula khas untuk ibu mengandung dan menyusu, sayur-sayuran hijau serta dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - Sumber omega-3 yang baik adalah ikan. Wanita hamil yang kerap makan ikan kurang risiko melahirkan bayi pramatang. Ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil, dan kemurungan selepas bersalin. Salah satu jenis asid lemak omega-3 ialah DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina mata. Wanita hamil atau ibu yang menyusu yang mengambil omega-3 memberi impak terhadap kecerdikan dan keriangan bayi. Ikan laut dalam (coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Shaklee mencadangkan pengambilan suplemen berikut bagi memenuhi keperluan nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat:




Energizing Soy Protein (ESP) - protein soya rendah lemak, dihasilkn daripada non-GMO soy dan lengkap dengan kesemua sembilan asid amino penting.

Ostematrix - suplemen kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan dengan tablet yang mudah ditelan.

B Complex - lengkap dengan lapan komponen penting vitamin B termasuk asid folik.

Omega Guard - menawarkan rangkaian tujuh spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi termasuk EPA, DHA DAN ALA, sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan sekaligus mengawal tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok, mengelakkan dan mengawal kencing manis, mengurangkan risiko osteoporosis dan membantu mencegah dua jenis kanser yang kerap menyerang wanita iaitu kanser payudara dan kanser usus.

Vita-Lea Iron Formula - multivitamin dan multimineral yang menjadi pelengkap kepada lompong-lompong nutrisi akibat pemakanan yang tidak seimbang, dan memberi tenaga untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental. 
Sustained Release Vitamin C - penting untuk meningkatkan sistem imun ibu dan dapat disalurkan kepada janin melalui placenta, dan kepada bayi melalui susu ibu. Juga membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.




Untuk info dan order:
Lily Marwani Mohd Radzi
Call/SMS/WhatsApp: 0126100347
FB: Lily Marwani
Fan page: www.facebook.com/redlilykids
COD terdekat: Taman Sutera, Kajang dan Bandar Baru Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...