Kelebihan Shaklee (SHAKLEE DIFFERENCE)

#1 Kelebihan Shaklee: Sentiasa Selamat (Always Safe)

Keselamatan dan Standard Kami Tiada Tandingannya

Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk kami Always Safe.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
Kami menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.
Kami hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.
Produk kami tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.
Kami bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.


Senarai TIDAK Shaklee:

  1. TIDAK Mengandungi Paraben
  2. TIDAK Mengandungi Triklosan
  3. TIDAK Mengandungi Phthalates
  4. TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  5. TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  6. TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  7. TIDAK Mengandungi Glikol
  8. TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  9. TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  10. TIDAK Mengandungi Ammonia
  11. TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  12. TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  13. TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  14. TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  15. TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  16. TIDAK Mengandungi Toulene
  17. TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  18. TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  19. TIDAK Mengandungi Pewarna
  20. TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  21. TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  22. TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  23. TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang



#2 Kelebihan Shaklee: Sentiasa Berkesan (Always Works)


Kami Menjamin Keberkesanannya

Bukti saintifik dan klinikal:
100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007
Kami menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.
Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

aps applied physiologyClinical NutritionThe Journal of Alternative and Complementary Medicine

Penjelajah Bertaraf Dunia dan Kembara Berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.
Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.
Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.



#3 Kelebihan Shaklee: Sentiasa Mesra Alam (Always Green)

Hidup Harmoni Dengan Alam Semulajadi

Dr. Forrest Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Kami terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green.

Kami sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami yang tidak menjejaskan alam sekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Kami telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...