Thursday, 16 October 2014

MEAL SHAKES kembalikan dan tambah selera makan anak-anak

Walaupun asalnya saya berkenalan dengan produk-produk Shaklee bermula dengan set penyusuan, saya sebenarnya paling jatuh cinta sekali dengan Meal Shakes yang telah banyak 'mengubah' anak-anak saya.

Bermula dengan anak sulong, Amir Harith yang semasa berusia 11 bulan, doktor mengesahkan dia mengalami iron deficiency anaemia (IDA). Pemerhatian doktor bermula dengan enlarged spleen, diikuti full blood picture (FBP) yang menjurus kepada IDA. Diagnosis diperkuatkan lagi melalui berat badan Amir yang stagnant..Langsung tak berganjak dalam masa yang lama. Iron atau zat besi kan diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak. Dipendekkan cerita, setelah disahkan IDA, hampir 2 tahun Amir terpaksa mengambil suplemen iron dalam bentuk syrup dan folic acid yang perlu dihancurkan terlebih dahulu sebelum diberikan padanya. Saya dan suami boleh dikatakan kurang konsisten juga dalam memberikan Amir suplemen dari hospital ni. Masa tu dia belum pandai telan pil.

Dari semasa ke semasa, ujian darah terus dijalankan. Semakin lama semakin meningkat baik keputusan darah nya, namun berat badan dia tetap tak meningkat. Statik kat 11 kg. Disebabkan saya pengguna Shaklee, saya dapat tahu tentang Meal Shakes. Masa tu saya belum jadi ahli lagi. Once saya cuba Meal Shakes pada Amir, memang tak pernah miss sampai sekarang. Sangat konsisten dan sangat 'compliant''. Nak tahu sebab apa?Sebab sangat mudah nak bagi dia consume - hanya campurkan 1 scoop Meal Shakes dalam bancuhan susu formula dia sekali sehari. Ya, masa saya start on Meal Shakes pada Amir, masa tu memang dia dah mula mix susu ibu dan formula, sebab masa tu saya dah mengandungkan anak kedua Alif Hafizh.

Seingat saya, memang tak ambil masa yang lama pun untuk Amir mula tunjuk yang dia selera nak makan..Dalam 2 atau 3 minggu macamtu selepas saya mulakan Meal Shakes tu..Memang agak cepat. Tapi anda semua perlu bear in mind ya, lain orang, lain tindakbalas badannya terhadap suplemen. Ada yang cepat, ada yang sederhana dan ada yang agak lama sehingga banyak yang saya dengar hampir putus asa. Saya harap, anda semua jangan begitu ya..Apa yang penting, kita perlu sabar dan terus konsisten. Di samping tu berdoa tanpa henti. Doa kan senjata mukmin :)

Kini, Amir Harith dah berumur 4 tahun. Berat dia sekarang dah 16 kg. No more IDA. Alhamdulillah. Kisah Alif Hafizh anak kedua saya dan Meal Shakes akan saya kongsikan dalam entry akan datang ya:)




Ni gambar masa Amir Harith berumur 2 tahun 11 bulan


APA ITU MEAL SHAKES?

~ Pemakanan lengkap. Multivitamin. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanilla tapi dalam bentuk serbuk.

~ia adalah salah satu pilihan pemakanan yang 'easy on-the-go meal' kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrien keperluan harian.

~ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tidak boleh duduk diam, serta kanak-kanak yang kurang selera makan, picky eater atau berat badan sukar untuk meningkat. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat ambil sarapan pagi dan hidangan yang seimbang. Membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan suplemen dalam bentuk pil terutamanya warga tua.

~membekalkan sekurang-kurangnya 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

~sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein.

~pilihan terbaik yang rendah lemak dan rendah indeks glisemik.

~rasa french vanilla yang enak boleh diminum begitu sahaja atau di campurkan minuman lain seperti susu, milo, horlick atau minuman jus.


Meal Shakes apatah lagi bergabung dengan ESP, mampu memberi tenaga sepanjang hari anda dan anak anda!



PROMOSI OCTOBER 2014:

Meal Shakes BELI 3 PERCUMA 1
ESP BELI 6 PERCUMA 1


Jangan lepaskan peluang keemasan :)




Untuk info dan order:
Lily Marwani Mohd Radzi
Call/SMS/WhatsApp: 0126100347
FB: Lily Marwani
Fan page: www.facebook.com/redlilykids
COD terdekat: Taman Sutera, Kajang dan Bandar Baru Bangi

2 comments:

aeinnamusa said...

Owh itu kisah amir harith ye..alhmdulillah..asbab Meal Shakes amir pulih..syukur

Zarina Khalid said...

Alhamdulillah..Smoga amir harith sntiasa sihat selalu..smgt tgk gmbr die dpt vitamin2 tu hee ☺️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...