Wednesday, 22 October 2014

BERSENAM DENGAN BETUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera😊

Anda suka bersenam?Macam saya, memang minat bersenam tak kira dengan cara apa sekalipun. Aerobik ke, zumba ke, jogging ke, main futsal ke, badminton ke, cycling ke, swimming ke, naik tangga turun tangga ke, hehe...asalkan boleh keluarkan peluh, ada melibatkan senaman cardio lagi saya suka..Cuma biasalah kan, masa tu yang kita kena betul-betul allocate kan untuk exercise ni.

Jom nak share sikit cara bersenam dengan betul...

Selepas bersenam, jangan terus duduk, sebaiknya berjalan-jalan untuk menyejukkan badan. Ketika ini, kita juga tidak digalakkan terus mandi, sebaliknya minum air secukupnya bagi menggantikan air yang hilang melalui peluh ketika bersenam.

TIPS BERSENAM DENGAN BETUL:

1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.

2. Memulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila anda berasa semakin cergas.

* mulakan senaman berselang-seli 2-3 minit dengan 2-3 minit berehat, selama 15 minit.
* aktiviti senaman perlu ditambah 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.

3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.

4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit. 

5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.

6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
- ketidakselesaan
- sakit
- pening

7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.

8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
- setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia)
- petang (selepas pukul 6 petang)

9. Persekitaran tempat senaman:
- permukaan yang rata
- suhu dan kelembapan udara terkawal
- kawasan redup atau teduh
- tempat yang cukup terang

10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.

11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.

12. Jika anda penghidap penyakit diabetes:
- bawa gula-gula atau manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hypoglycemia (paras glukos rendah).
- pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan daripada kecederaan kaki.
- jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang. 

13. Jika anda menghidap tekanan darah tinggi:
- berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.

14. Jika anda gemuk:
- jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba meminimumkan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.


TIPS BONUS: Kalau nak bakar lebih kalori, ambil lah 3 capsule Omega Guard sebelum bersenam 😊



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...