Tuesday, 7 October 2014

Melancong, menyusu dan Shaklee

Assalamualaikum wbt..Hai semua! Bertemu lagi😊

Saya sekarang dalam mode nak melancong je. Entah kenapa tiba-tiba rasa banyaknya tempat yang saya teringin nak pegi. Baik dalam Malaysia mahupun luar negara. Perasaan membuak-buak nak berjalan melancong ni bermula sejak saya dan suami pergi melancong ke Perth, Australia sempena wedding anniversary tahun 2013. Sejak itu, suami mencadangkan, setiap kali ulangtahun perkahwinan, kami perlu pergi bercuti berdua. Saya yang pada mulanya agak sukar dan tak sanggup nak tinggalkan anak-anak especially yang masih breastfeeding, akhirnya akur dengan permintaan suami. Dan lama-lama saya pun jadi suka juga untuk bercuti berdua. Tapi itu tak bermakna kami tak suka bawa anak-anak jalan-jalan melancong. Bercuti berdua tu hanya setahun sekali. Selebihnya, semua angkut anak-anak. Anak-anak happy, kami pun bahagia😊

Bertuah kan anak-anak sekarang. Kecik kecik dah dapat berjalan merata tempat. Saya kecik kecik dulu tak banyak peluang macam ni. Saya dibesarkan dalam keluarga serba sederhana. Apapun saya tetap bersyukur dengan cara kehidupan semasa saya dibesarkan. Pengorbanan makabah tiada batasnya. Sayu pula rasanya bila mengenangkannya.


Kenangan di Perth Airport pada 24th May 2013


Berbalik pada tujuan asal saya, sebenarnya saya nak share dan yakinkan ibubapa yang nak melancong bawa anak-anak kecil. Ada sesetengah ibu menyusu berpendapat, sukar nak melancong dan bawa baby kecil naik kapal terbang. Satu, takut baby meragam atas flight, Dua, malu nak menyusukan baby dalam flight. Tiga, bagi yang masih disiplin mengepam, rasa susah dan leceh nak angkut perkakas mengepam dan bawa balik EBM atau susu-susu yang dah dipam sepanjang percutian tu. Dua masalah pertama tu anda akan rasa senang kalau anda tahu kelebihan ini...


Kelebihan penyusuan susu ibu semasa melancong dan menaiki kapal terbang yang saya nampak:


1. Mudah, tak perlu nak cari air panas untuk bancuh susu.

2. Ketidakselesaan pada telinga semasa dalam flight bagi bayi dapat dikurangkan dengan penyusuan. Bagi yang menyusu badan, susukan bayi anda ketika take-off sehingga pesawat berhenti mendaki. Sebagai persediaan, bawa juga kapas yang digumpal untuk dimasukkan ke telinga anak.

3. Menyusu boleh mententeramkan bayi yang akan mula bosan dan gelisah dalam flight.





Jadi, menyusu badan sebenarnya adalah suatu kelebihan untuk ibu-ibu naik kapal terbang kan?Fikir dari sudut yang positif😊

Tentang masalah ketiga tu iaitu masalah pengangkutan EBM bila nak balik, nanti saya kongsikan penyelesaiannya di entri yang lain ya.


Masukkan suplemen Shaklee sebagai benda PENTING WAJIB BAWA semasa melancong especially:


1. Nutriferon (untuk boost immunity semasa berada di persekitaran yang kita tak biasa)
2. Performance, ESP, Vivix (untuk tenaga nak jalan-jalan tempat orang dan bawa anak-anak kecil pula tu)
3. Vitalea (juga untuk bekalkan tenaga)
4. Ostematrix (untuk kurangkan lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan lepas penat berjalan)
5. Omega Guard dan Meal Shakes (untuk kekalkan tahap kesihatan anak-anak. Juga beri tenaga untuk parents)


Tak semestinya bawa botol-botol atau canister besar tu..boleh dibawa dalam kuantiti yang diperlukan dalam pill box atau bekas-bekas kecil.


Ni contoh yang saya bekalkan untuk suami masa dia out station ke China pada November 2013. Nutriferon (dalam sachet) adalah suplemen wajib dibawa sekiranya kami bermusafir. Dalam bekas kecil tu pula adalah serbuk Performance. Jangan lupa shaker juga ya..


Ok, next trip kami InsyaaAllah ke Pulau Langkawi. Ni trip kawan-kawan lama. 5 family. Perancangan anda pula macam mana?Nanti share ya. SELAMAT MELANCONG! 😊



Untuk info dan order:
Lily Marwani Mohd Radzi
Call/SMS/WhatsApp: 0126100347
FB: Lily Marwani
Fan page: www.facebook.com/redlilykids
COD terdekat: Taman Sutera, Kajang dan Bandar Baru Bangi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...