Tuesday, 7 October 2014

Adab melawat baby baru lahir

Assalamualaikum wbt. Salam Aidiladha semua ๐Ÿ˜Š

Pasti ada yang masih berada di kampung sempena cuti raya haji ni kan. Kami pagi raya hari tu berada di Melaka rumah makayah mertua saya, lepas zohor bertolak balik Batu Pahat, kampung ayah mertua saya. Kini sudah berada di Home Sweet Home, Taman Sutera, Kajang semula, meneruskan rutin kerja harian seperti biasa. Semoga semua dipelihara dalam perjalanan pergi dan pulang dari kampung halaman masing-masing ya.

Musim raya ni, ramai pula saya dengar kawan-kawan yang menyambut baby baru. Tak kurang juga yang ambil kesempatan untuk buat sambutan hari jadi anak-anak mereka. Keseronokan berganda! Sudah pasti sanak saudara dan rakan taulan mengambil peluang ini untuk menziarahi dan sekaligus berjumpa sesama keluarga kan. 

Maka, tak mustahil ada adegan 'berebut- rebut' mendukung dan mencium si comel. Dalam kesyukuran ini, ada beberapa perkara yang harus dielakkan terjadi dalam keterujaan berjumpa baby baru. 


Jom hayati dan praktikkan tips mudah dan etika yang harus diambil kira dalam melawat bayi, terutamanya yang baru lahir:

1. Ketahuilah semakin ramai orang, semakin banyak kuman. Jika anda datang bersama keluarga yang besar, gilir-gilirlah memasuki bilik ibu dan bayi. Jangan bersesak-sesak di dalam bilik kerana ia bukan sahaja mengganggu ibu dan bayi, malah turut menyebarkan kuman.

2. Jika anda berasa tidak sihat dengan mempunyai batuk dan bersin pada setiap masa, tangguhkanlah melawat bayi tersebut. Sistem imunisasi bayi masih lemah pada peringkat umurnya. Walaupun anda dah ambil keputusan untuk tak memangku atau mencium baby tersebut, berada berdekatan pun dah cukup untuk menyebarkan kuman di ruang udara.

3. Anda mungkin cukup sihat dan tiada masalah untuk melawat baby tersebut. Namun, ketahuilah tangan memiliki banyak kuman di tapak tangan dan bawah kuku. Ini antara sebab tak selamat untuk memegang bayi. Tak cukup dengan membasuh tangan dengan air bersih sahaja. Perlu juga basuh dengan sabun.

4. Jika anda juga membawa anak kecil bersama, suruhlah dia duduk bersama ahli keluarga yang lain sementara anda berjumpa dengan ibu dan baby baru. Anda mungkin tak dapat mengagak tingkah laku anak anda yang boleh mengejutkan baby.

5. Jangan ganggu rutin si manja. Jika semasa kunjungan anda si bayi sedang menyusu, dimandikan atau sedang tidur, biarkan si ibu menguruskan bayi mereka dahulu.

6. Jangan pakai minyak wangi atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ia boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada bayi.


Ibu bapa bayi pula boleh cuba ini:

• letak cecair sanitasi tangan di sebelah baby. Jika tetamu yang menghampiri baby perasan cecair penghapus kuman ini, mereka mungkin sedar lalu menggunakannya. Ataupun anda boleh memberitahu tetamu untuk menggunakannya dengan bahasa yang mesra supaya perasaan tetamu tidak terguris.

• Anda juga boleh meletakkan tisu basah atau baby wipes bersebelahan dengan baby. Ada segelintir individu yang begitu prihatin mengenai aspek kebersihan dan mahu menggunakan wipes untuk membersihkan tangan mereka sebelum mengambil dan mendukung  bayi anda.




Semasa melawat ibu berpantang ini, anda juga boleh memperkenalkan dan mencadangkan Set Berpantang dan Menyusu Shaklee. Mana tahu, dengan izinNya, ibu tersebut beroleh kesihatan yang luar biasa bila bersama Shaklee. Ibu sihat, anak lebih luar biasa sihat. Amin. Jom panjang-panjangkan ilmu dan perkongsian pengetahuan kita.
Cadangan set hamil adalah lebih kurang sama dengan set berpantang, cuma ada beberapa tambahan suplemen lain untuk kesihatan ibu selepas melahirkan. Suplemen Zinc Complex yang tiada dalam gambar ini juga seeloknya diambil bagi tujuan penyembuhan luka yang lebih cepat dan secara sihat.



Semoga bermanfaat ya!๐Ÿ˜Š


Untuk info dan order:
Lily Marwani Mohd Radzi
Call/SMS/WhatsApp: 0126100347
FB: Lily Marwani
Fan page: www.facebook.com/redlilykids
COD terdekat: Taman Sutera, Kajang dan Bandar Baru Bangi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...