Tuesday, 15 October 2013

Selamat menyambut Aidiladha 1434

Assalamualaikum wbt. Harini adalah hari Arafah. Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Jom kita perbanyakkan doa kepada Allah di samping amalan-amalan sunat yang lain. Antara amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok adalah:-
SEBELUM 10 ZULHIJAH
  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran
PAGI 10 ZULHIJAH
  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makanan dan minuman selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
HIKMAH AIDILADHA
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.





Love,
Lily Marwani Mohd Radzi
Shaklee Independent Distributor (ID: 907471)
HP: 0126100347

Monday, 14 October 2013

Pertemuan dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt buat semua pengunjung Redlilykids. Selamat menyambut Aidiladha yang bakal tiba esok. Semoga bulan korban kali ini penuh makna. Harini hari Arafah. Jom sama-sama kita kumpul pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti zikir, solat sunat dan banyakkan membaca Al-Quran. Semoga segala amalan kita Allah terima. Apa khabar semua?Bahagianya rasa ingin berkongsi kebaikan dengan anda. Ada yang berpuasa sunat hari ni?Bagaimana performance ibu-ibu menyusu setakat ini?Berapa banyak stok susu yg berjaya anda kumpul setiap hari?Semoga segalanya berjalan lancar saya doakan. Bukan senang nak berkorban dan berikan yg terbaik buat si manja kan.

Sebagai mukaddimah, suka saya nak kongsi bagaimana saya jumpa Shaklee. Ya, tepat sekali. Di sebabkan saya yg terlalu 'taksub dgn breastfeeding' inilah yg menemukan kami. Pada Oktober 2010, umur anak sulong saya Amir Harith baru 2 bulan lebih. Alhamdulillah production susu saya baik, stok pun boleh tahan banyak walaupun tidaklah sebanyak org lain, dan anak saya pun membesar dgn sihat. But somehow, disebabkan ketaksuban saya, apa sahaja 'benda' yg boleh menambahkan susu badan saya nak cuba. Pantang dengar je, mesti saya cari. Sampai la ada kakak senior saya beritahu yang ada seorang lagi kakak senior saya ni ada jual produk kesihatan yang boleh membantu penyusuan susu ibu. Apalagi saya pun contact kakak tu dan terus order. Sampai la sekarang saya setia disebabkan natural nya, keselamatannya dan keberkesanannya. Yes, always green, always safe, always work. Yang penting bagi saya kita kena yakin dan istiqomah. Selebihnya kita berserah padaNya. Dengan izinNya jua kan. Kini, anak kedua saya Alif Hafizh pun dah masuk 1 year, masih menyusu dgn susu saya sepenuhnya. Alif Hafizh memang Baby Shaklee:)

Besar harapan saya nak bantu anda semua. Jika ada izin Allah, saya akan kongsikan dengan anda dari semasa ke semasa tentang kesihatan, pemakanan, kecantikan, penyusuan, parenting dan bermacam-macam lagi 'look good and feel good tips'. Lets discover the new you!


                                         

Kehadiran yang melengkapkan hidup kami


My Heroes





'Salam Aidiladha'

Love,
Lily Marwani Mohd Radzi
Shaklee Independent Distributor (ID: 907471)
HP: 0126100347
14th October 2013










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...