Tuesday, 15 October 2013

Selamat menyambut Aidiladha 1434

Assalamualaikum wbt. Harini adalah hari Arafah. Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Jom kita perbanyakkan doa kepada Allah di samping amalan-amalan sunat yang lain. Antara amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok adalah:-
SEBELUM 10 ZULHIJAH
  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran
PAGI 10 ZULHIJAH
  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makanan dan minuman selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
HIKMAH AIDILADHA
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.





Love,
Lily Marwani Mohd Radzi
Shaklee Independent Distributor (ID: 907471)
HP: 0126100347

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...