Friday, 4 July 2014

Puasa Tidak Menjejaskan Kehamilan

Assalamualaikum wbt :)

Hari ni nak bercerita pengalaman saya berpuasa semasa mengandung. Pengalaman mengandung yang kedua dulu, saya berjaya berpuasa penuh Alhamdulillah, gembira sangat masa tu. Sebab last puasa penuh masa darjah 5 kot :)

Tapi yang merisaukan, masa pregnancy check up lepas raya (36 weeks), air ketuban saya berkurang. Hampir-hampir nak di induce sebaik saja masuk week 37, sekali tengok masa check up week 37 tu, dah kembali normal air ketubannya. Alhamdulillah. Jadi, bersalin la saya bila sampai masanya pada 39 weeks 5 days. Tapi kena induce juga sebab air ketuban makin kurang towards the end of gestation tu. So tak boleh tunggu lagi.


Points saya:

1. Tiada masalah bagi wanita hamil untuk berpuasa, malah digalakkan, kerana bayi dalam rahim tak pernah alami kekurangan nutrisi. Bayi tetap dapat nutrisi pemakanan walaupun ibu mereka berpuasa kerana nutrisi-nutrisi itu bukan dibekalkan dari makanan yang diambil tetapi dari simpanan yang banyak di dalam organ hati.

2. Memang ada kemungkinan air ketuban boleh berkurangan bila kita berpuasa kata doktor saya, tapi itu tak bermakna kita tak digalakkan berpuasa. Itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak cuba berpuasa. Kita boleh ikhtiar dengan pengambilan air yang cukup untuk pastikan penghidratan adalah pada tahap yang baik.

3. Namun, jika ibu hamil rasa tidak sihat, pening, nak pitam, kabur penglihatan, atau tanda-tanda lain yang membimbangkan, maka berbukalah dan dapatkan pemeriksaan doktor.

------------------------------------------
Product Shaklee yang boleh membantu ibu hamil sihat dan bertenaga semasa berpuasa ialah Performance selain vitamin-vitamin asas. Rugi saya tak bersungguh amalkan Performance masa puasa tu. Tapi Alhamdulillah, saya tetap kuat dan gagahkan diri dengan bantuan vitamin-vitamin lain seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Omega Guard dan Ostematrix.


InsyaaAllah, wanita yang hamil akan dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa jika mereka percaya Allah mempermudahkan urusan orang-orang yang beribadah kepadaNya.


Inilah suplemen untuk ibu mengandung yang sedang cuba untuk berpuasa penuh.




Untuk info dan order:
Lily Marwani Mohd Radzi
Call/SMS/WhatsApp: 0126100347
FB: Lily Marwani
Fan page: www.facebook.com/redlilykids
COD terdekat: Taman Sutera, Kajang dan Bandar Baru Bangi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...