~PENUHKAN DIRI DENGAN ILMU SEBELUM MEMBUAT SEBARAN
Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua.
Sejak akhir-akhir ini, banyak isu boikot Shaklee diperkatakan. Saya juga terpanggil untuk mencerahkan keadaan. Sebab saya juga tak suka menuduh, memfitnah dan memboikot tanpa ilmu. Seeloknya, kita siasat dan cari maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkan informasi yang tidak betul.
Sumber:
Sejak akhir-akhir ini, banyak isu boikot Shaklee diperkatakan. Saya juga terpanggil untuk mencerahkan keadaan. Sebab saya juga tak suka menuduh, memfitnah dan memboikot tanpa ilmu. Seeloknya, kita siasat dan cari maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkan informasi yang tidak betul.
Sumber:
Untuk kupasan khas bagi SHAKLEE:
a) produk SHAKLEE disahkan bersih dan halal oleh JAKIM (jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup
> Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pun SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam
> Shaklee patuh kepada syariah.
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam
> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus.
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan setakat salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel
> Shaklee TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan Israel
Syarat Sebelum Sebaran...
~ Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, spesifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu HARUS berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
~ Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum HARUS tadi kepada HARAM. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja, dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai:
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
~ Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul.
Tujuan entri ini adalah untuk menerangkan situasi sebenar daripada isu yang berlaku bagi mengelakkan salah faham yang berleluasa dalam masyarakat. Bukan juga untuk mempertahankan siapa benar siapa salah, siapa menang siapa kalah. Inilah pendirian yang kami pegang sebagai Shaklee Independent Distributor.
Wallahu'alam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa :)
Lily Marwani Mohd Radzi
-0126100347-
No comments:
Post a Comment