Assalamualaikum warahmatullah...Tengah buat apa semua?Lamanya saya tak menulis coretan perkongsian di sini. Saya doakan anda semua sihat dan bahagia semasa berhujung minggu dengan keluarga tercinta.
Saya pun sedang menikmati hujung minggu bersama anak-anak. Suami outstation dah masuk malam ke empat hari ni. Biasalah adat bekerja kan. Ada masa sangat kerap perlu keluar dari kawasan. Kita sebagai isteri, mesti terima keadaan dengan hati terbuka dan penuh redha. Suami mencari nafkah membanting tulang memerah keringat untuk memberikan kita dan anak-anak perlindungan dan keselesaan. Saya sangat hargai dan sedikit pun saya tak pernah mengeluh bila suami terpaksa tiada bersama di rumah. Saya tak pernah merasa sukar menjaga anak-anak bersendirian. Saya sentiasa doakan agar pekerjaan suami dipermudahkan dan suami saya dilindungi Allah walau di mana berada.
Anda ada misi semasa?Macam saya, misi semasa saya ialah nak Alif Hafizh makan banyak je hari-hari. Misi saya nak naikkan berat badan Alif Hafizh yang malu-malu je nak naik tu..Bulan lepas dia kena simptom macam asthma tu. Dah lama tak kena. Sampai doktor suggest beli inhaler with puffing chamber tu untuk standby kat rumah. Sebab tu badan dia pun nampak susut. Jadi, saya dengan penuh semangat waja, perlu kuat dan gigih lagi untuk naikkan balik selera makan dia, seterusnya naikkan berat badan dia. Mohon semua doakan saya berjaya ya :)
Alhamdulillah, banyak betul Alif Hafizh makan hari ni. Main pun lasak. Makan pun sambil main tadi. Abang dia takpela kan, sememangnya berselera. Dia tu yang mama risau. Sebenarnya, dah 3 bulan Alif tak kena simptom macam asthma ni. Last kena November 2014. Tiba-tiba bulan lepas kena balik. Tak apa lah sayang, badan nak bina sistem imun agar lebih kuat lagi. Dah tak kena setiap bulan macam dulu pun mama rasa syukur sangat. Omega Guard dan Meal Shakes banyak membantu. Alhamdulillah.
Menu hari ni:
- Sup ayam dan carrot
- Asam pedas ikan selar
Abanglong nak makan ayam, abangngah pula, saya memang nak suap dia ikan sebab jarang dia nak makan ikan. Alhamdulillah berselera kedua-dua mereka. Dah makan nasi, kul 4 tadi dua2 makan roti sapu mentega pulak lagi. Berselera sungguh😊
Tips beri anak yang kurang berselera makan:
1. Banyakkan bersabar semasa 'mengejar' nak suap mereka.
2. Banyakkan bercakap bercerita semasa percubaan nak suap nasi ke mulut anak supaya dia 'ralit' dan akhirnya makanan tu masuk juga ke mulut mereka.
3. Masa anak mengunyah pun kita kena continue kreatif berceloteh untuk tarik perhatian anak supaya dia terus mengunyah dengan berselera dan tak luahkan balik makanan tersebut.
4. Sentiasa berselawat dan berdoa semasa proses penyediaan makanan (Ni patutnya saya letak yang pertama). Doakan agar makanan yang kita sediakan membuatkan anak-anak dan suami berselera makan dan akan menyenangkan hati mereka.
.
.
Ni berdasarkan pengalaman saya sendiri, yang perlu kuat untuk menyuap anak-anak makan. Kedua-dua anak saya dah alaminya. Kalau takde Meal Shakes, lagi saya risau. Tak tahu dari mana nak dapat back up nutrisi yang kurang. Syukur saya ketemu multivitamin serbuk ni. Tak lupa Omega Guard yang baik untuk perkembangan otak anak-anak dan sangat membantu anak-anak yang ada asthma.
Hubungi saya untuk konsultansi penuh.
Lily Marwani Mohd Radzi
COD: Kajang, Bangi dan Putrajaya
(Bagi yang ingin membuat self pick up, rumah saya di Taman Sutera, Kajang, berhampiran Silk Highway, tol Sungai Balak. Boleh hubungi saya untuk confirmkan availability suplemen yang anda inginkan)
No comments:
Post a Comment