Monday, 20 October 2014

Bolehkah Menjadi Jutawan melalui MLM?

Semua tahu apa MLM. Multilevel Marketing atau pemasaran pelbagai peringkat atau jualan langsung. Persoalan yang selalu bermain di benak pemikiran para usahawan yang baru menceburi MLM adalah, bolehkah menjadi jutawan MLM?

Penulis buku 'Menjadi Jutawan MLM', Mohd Rozani Pawan Chek menjawab persoalan ini. Ya, BOLEH! Jom tengok 7 sebab mengapa boleh. Tapi perlu diingatkan, MLM yang dimaksudkan adalah MLM yang tulen ya.


1. MLM adalah perniagaan yang tidak melibatkan orang tengah.

-> orang tengah seperti pengedar tunggal, pemborong dan peruncit yang biasanya mengaut keuntungan. 


2. Modal bagi memulakan perniagaan MLM adalah kecil.

-> ada 4 jenis perniagaan, iaitu:
* modal kecil, untung kecil. Contoh: peniaga pasar malam dan penjual burger.
* modal besar, untung besar. Contoh: import dan eksport yang modal melebihi jutaan ringgit.
* modal besar, untung kecil. Contoh: stesen minyak, modal mungkin lebih kurang RM100 ribu tapi keuntungannya tak sampai pun RM100 ribu.
* Jangan lupa, ada perniagaan yang modalnya kecil, tapi untungnya berlipat kali ganda. Itulah MLM.


3. Perniagaan MLM dapat dilakukan tanpa tekanan dan menjimatkan masa.
-> Anda boleh kaya dengan MLM walaupun masa yang anda ada adalah terhad.


4. MLM dapat dilakukan melalui proses penggandaan.
-> Dalam MLM, kita tidak bekerja bersendirian. Perniagaan adalah secara berkumpulan. Penajaan dan seterusnya membentuk kumpulan yang menghasilkan pendapatan bonus berganda. Downline juga melakukan penggandaan melalui proses duplikasi atau meniru upline. Jadi, upline dan downline sama-sama berjaya menghasilkan penggandaan ahli dan seterusnya bonus melalui proses penajaan.


5. Anda boleh mendapat bimbingan sewajarnya dari upline anda.
-> MLM hanya boleh berjaya jika upline membimbing downline melakukan seperti yang upline lakukan. Setiap ilmu dan rahsia dicurahkan tanpa sembunyi. Kejayaan downline adalah kejayaan upline. Bahkan jika downline berusaha lebih, downline boleh memperolehi pendapatan melebihi upline.


6. Perniagaan MLM melibatkan seni perhubungan sesama manusia.
-> Jangan bimbang jika tiada pengalaman atau kebolehan berkomunikasi. Ini kerana, upline akan mencurahkan ilmu dan menberikan motivasi. Tidak perlu bimbang jika kurang ilmu kerana boleh menimbanya dari upline ataupun jutawan yang berjaya. Seni perhubungan inilah yang melebarkan jalur rangkaian perniagaan MLM. Peluang semua hendak menjadi jutawan terbuka luas seperti orang lain.


7. Risiko MLM adalah kurang berbanding perniagaan lain.
-> tidak rugi kerana modalnya tidak besar. Bahkan, jika berjaya, anda memperolehi pendapatan melebihi pendapatan tetap anda. Juga boleh dilakukakn secara part time. Pendek kata, sendiri adalah bos kepada diri sendiri.



Semoga entri ini sedikit sebanyak membuka mata dan hati anda tentang MLM yang tulen. Ya, memang POSSIBLE untuk anda dan saya menjadi JUTAWAN melalui MLM. Tetapi, kita kena ingat tiada rezeki datang bergolek. Sebuah kejayaan ada 'harga' yang perlu dibayar. 'Harga' yang pelbagai yang boleh disimpulkan sebagai 'KESABARAN'. Janganlah kita menghitung pahitnya kesabaran dan ujian, tapi renung dan mimpikanlah manisnya KEJAYAAN.


Nantikan entri akan datang dan kupasan lain yang menarik tentang menjadi jutawan MLM, sempena MISI JEJAK LANGKAH MASTER JUTAWAN ya :)




Dan dapatkanlah buku ini. Sangat berbaloi untuk dimiliki oleh kita semua yang ingin menjadi JUTAWAN MLM SHAKLEE atau JUTAWAN dalam apa jua bidang MLM yang anda ceburi.



SELAMAT MAJU JAYA :)








Nama: Lily Marwani Mohd Radzi
Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 0126100347
FB: Lily Marwani
Fan page: www.facebook.com/redlilykids
Kawasan COD: Taman Sutera, Kajang, Bandar Baru Bangi, Balakong, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya, dan sekitar Ampang Park dan KLCC.



3 comments:

Kak Wawa said...

Salam..

Sebelum wawa join shaklee, wawa memang alergik dgr mlm.. dgn shaklee wawa dah jatuh cinta..")

Unknown said...

Waálaikumussalam...Terima kasih wawa sudi tinggalkan komen kat sini :)
Betul,saya dulu nak minta izin husband untuk buat bisnes Shaklee pun siap praktis2 lagi nak bgtau mcm mana sebab tau mesti dia tak suka. Tapi Alhamdulillah lepas dia faham mcm mana MLM Shaklee punya bisnes plan, dia dah mula merestui :)

Zarina Khalid said...

Salam..dulu pun husband xksik join shaklee sbb igt mcm MLM yg lain2..tp bile dh terangkan skit2 tntang shaklee byk mmbantu org sihat, baru die ok..hee ☺️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...